BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 17 May 2011

kasiku abadi buatNYA

hatiku terukir satu nama..
bila aku menyebut bergetar ke sukma..
bersama rindu yang dalam..
yang penuh dendamkan pertemuan..
tatkala kusebut namamu berulang..
aku tenggelam dalam bayang..
tak tersentuh kan tangan..
tak mungkin kekal dalam genggaman..
sesaat tanpa namamu..
nuraniku di palu bertalu-talu..
sesak nafas merebutkan hanya sedikit perhatian..
seakan aku ingin engkau terus memberikan sayang..
yang telah gersang dan hilang dalam terang..
hanya ada engkau yang menjadi kekuatan..
untuk aku berkelana di sini..
mencari jalan kepadamu..
yang dekat tetapi kurasakan jauh..
jauh dari aku..
janganlah kasih menjauhi aku..
hati ini belum lekang tengkujuh rindu..
setiap detik berendam airmata keranamu..
janganlah kasih menjauhi aku ini..
sedangkan kemarau itu masih begitu..
seakan aku kehausan tanpa ada setitispun air membasahi..
berikanlah aku walau secuit kasihmu..
kerana sedikit itu memadai bagiku..
..YA RAHMAN YA RAHIM..

0 comments: